web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menara KL, Bangunan Di Putrajaya Disinari Warna Oren Dan Biru Sempena Hari Kanser 2021

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 7:31AM

Gambar dari twitter nihmalaysia@moh.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa mercu tanda di seluruh dunia akan diwarnai dengan warna tema Hari Kanser Sedunia iaitu oren dan biru, bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif dan usaha kesedaran di seluruh dunia.

Usaha simbolik ini dibuat bersempena penjajaran Majlis Kanser Negara Malaysia (MAKNA) terhadap Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk mencapai masyarakat dengan kesedaran lebih tinggi terhadap kanser, di mana kadar kematian yang boleh dielakkan lebih rendah dan tindakan diambil ke arah dunia tanpa kanser untuk generasi akan datang.

Pengurus Besar MAKNA Farahida Mohd Farid berkata, tahun ini MAKNA telah bergabung dengan Menara KL bersama beberapa bangunan di Putrajaya termasuk pejabat Perdana Menteri, Jambatan Seri Wawasan, Perbadanan Putrajaya, Istana Kehakiman dan Jambatan Seri Gemilang, untuk progam khas satu malam.

“Penyalaan lampu di kesemua menara akan bermula pada 4 Feb dengan Menara KL bermula 8 malam sehingga 12 tengah malam dan Putrajaya bermula 7 petang sehingga 12 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun.

Farahida berkata, selain menyinari mercu tanda tersebut, MAKNA juga bekerjasama dengan tiga artis tempatan iaitu Pip of Art, Chamology dan Ranerrim, untuk mempersembahkan hasil kerja seni mereka bagi menunjukkan intrpretasi dan visi kanser, menerusi karya seni.

“Walaupun dalam keadaan kawalan pergerakan dan impak pandemik sekarang ini, ia amat penting bagi MAKNA untuk merancang sesuatu yang mempunyai impak dan melaksanakan kempen secara dalam talian, supaya orang ramai terus diingatkan yang kanser terus meragut banyak nyawa di seluruh dunia setiap tahun - lebih daripada COVID-19 - dan penting untuk terus mempromosikan kesedaran, pengesanan awal dan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Beliau berkata, MAKNA turut mengumpulkan selebriti tempatan seperti Atilia Haron, Siti Saleha, Vince Chong, Amber Chia dan Dina Nadzir untuk berkongsikan pandangan mereka dan menyampaikan pesanan untuk Hari Kanser Sedunia.

“Hari Kanser Sedunia adalah satu peluang untuk berhubung dengan kesemua sektor masyarakat dan pastikan yang setiap daripada mereka melakukan usaha masing-masing. Hari ini lebih penting untuk semua orang bekerjasama bagi mencari penyelesaian yang membawa kita kepada masa hadapan tanpa kanser,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Mari Sambut Merdeka Dengan Menggenggam Maknanya

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Memaknai Hijrah Dan Kemerdekaan Dalam Konteks Pandemik

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Gemilang Cahaya Hiasi Simbolik Hari Kanser Sedunia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kanser, Antara Musibah Dan Anugerah

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM