web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jana Wibawa: Tengku Zafrul Selesai Beri Keterangan Sebagai Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 3:09PM

Tengku Zafrul meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan program itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan beliau sudah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan projek Jana Wibawa, semalam.

Menurutnya, beliau disoal siasat sebagai saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Jana Wibawa kepada SPRM, lewat petang semalam.

“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan. Terima Kasih,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan program itu.

Terdahulu, SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan akan memanggil Tengku Zafrul untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Tengku Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat.

Ahad lalu, Tengku Zafrul menegaskan tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung isu dana Jana Wibawa yang membabitkan namanya dan beliau sentiasa bersedia untuk memberikan keterangan kepada SPRM jika diminta berbuat demikian.

Malah beliau berkata, tiada ‘perbelanjaan’ yang tidak sepatutnya berlaku sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini.

Pagi tadi, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berkaitan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen, di sini.

Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Selain itu, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, turut didakwa di mahkamah sama hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan projek tersebut.

Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, turut mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 7 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Ratu Naga Tidak Ditahan, Hanya Dipanggil Beri Keterangan - Azam Baki

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Semasa 10 bulan yang lalu

'Mr H' Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad