web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir: Kerajaan Negeri Johor Zahir Penghargaan Pada PM Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 5:03PM

Anwar meluangkan masa menyantuni kanak-kanak mangsa banjir yang merupakan Orang Kurang Upaya ketika melawat PPS Sekolah Kebangsaan Gemereh hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Kerajaan Negeri Johor menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun padang meninjau situasi banjir di Johor dan atas komitmen beliau dalam membantu negeri itu, dalam aspek peruntukan dan projek berkaitan banjir.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata komitmen berkenaan termasuk meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta untuk sebarang keperluan banjir di Johor, tambahan kepada peruntukan RM10 juta yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Perdana Menteri juga mengulangi pendirian beliau untuk mempercepatkan tender Rancangan Tebatan Banjir di Johor dan mempertimbangkan permohonan peruntukan untuk kerosakan jalan, kemusnahan tanaman, ternakan dan sebagainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu berkata penghargaan itu juga, dizahirkan atas keputusan Perdana Menteri dalam penambahan segera aset dan pegawai di bawah kerajaan Persekutuan, selain komitmen untuk membantu kerja-kerja pascabanjir.

Beliau turut berterima kasih pada Perdana Menteri yang sudi menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gemereh dan PPS SJK(C) Kg Tengah hari ini, selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar berkata Anwar turut menyeru rakyat Johor supaya mendengar arahan pihak berkuasa dan terus saling bantu membantu, dalam mendepani bencana berkenaan.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa mendengar taklimat mengenai situasi banjir di negeri itu di Rejimen-4, Artileri Diraja Kem Segamat sebelum melawat dua PPS tersebut.

Jumlah mangsa di Johor meningkat kepada 46,742 orang setakat 2 petang ini, berbanding 44,860 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi, dengan Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Semasa 23 jam yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 16 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu