web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Salur RM64.3 Juta Tangani Isu Kesesakan Tambak Johor - TPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:27PM

Fadillah (tengah) berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju melaksanakan beberapa insiatif baharu bagi menangani isu kesesakan di Tambak Johor dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM64.3 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor, hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kira-kira RM25 juta diperuntukkan bagi penggabungan dewan penumpang bas di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor, manakala RM30.6 juta menaik taraf kaunter pemeriksaan lori baharu di zon masuk dan tempat pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

“Kos sebanyak RM8.6 juta akan digunakan bagi membina tandas awam baharu di terminal bas dan kompleks lori di kawasan tersebut, selain RM3.83 juta diperuntukkan untuk pelan komunikasi strategik.

“Berdasarkan kepada trend peningkatan pengembara yang dijangka meningkat sehingga 17.2 peratus setiap tahun, maka kajian semula perjawatan perlu dibuat bagi mengimbangi beban tugas pegawai dengan trend peningkatan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan akan memperhalusi cadangan pewujudan Single Entry Point di Sempadan Malaysia dan Singapura dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pelbagai agensi kerajaan berkaitan, sebelum dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Jawatankuasa turut mengambil maklum berhubung inisiatif quick win yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dari aspek penambahbaikan proses kemasukan pengembara di pintu masuk negara. 

“Berdasarkan kepada kajian tempoh pelepasan di Dewan Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dengan kapasiti penuh 3000 orang mendapati, selepas pelaksanaan Pasukan Tindakan Pantas (QRT) berserta kemudahan e-Gate kepada warganegara Singapura, tempoh menunggu dikurangkan kepada tiga jam berbanding empat ke lima jam sebelum pelaksanaan dengan 40 peratus masa menunggu dapat dipendekkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Perladangan dan Komuniti itu memaklumkan, kerajaan menjangkakan penubuhan Agensi Tunggal Kawalan Sempadan dan Pintu Masuk (SBA) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari, tahun depan.

Fadillah berkata, penubuhan SBA adalah satu daripada inisiatif jangka masa panjang, bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan di pintu masuk negara, khususnya kawalan dan pemeriksaan keluar masuk bagi orang, kenderaan, barangan serta haiwan. 

“Pelaksanaan SBA akan dapat mewujudkan perkara positif, seperti pengurusan lebih terselaras; penguatkuasaan dan kawalan lebih cekap dan efisen melalui prosedur operasi standard (SOP) seragam, dapat mengoptimumkan sumber serta peningkatan integriti dalam pengurusan di pintu masuk.

“Kerajaan sentiasa akan memastikan kerjasama dan usaha bersepadu berterusan dengan semua pihak terlibat dan sentiasa terbuka menerima cadangan penambahbaikan bagi menangani isu kesesakan. 

“Kerjasama jitu ini tidak lain tidak bukan adalah bagi mencapai matlamat untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat tanpa mengetepikan faktor keselamatan yang sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan kerangka Dasar Madani yang menekankan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya, statistik membuktikan pintu masuk Malaysia-Singapura, khususnya di BSI merekodkan jumlah purata sehari adalah sebanyak 258,507 pengembara dan dianggarkan jumlah itu mampu mencapai 156,626,610 orang, dengan peratus peningkatan sebanyak 17.2 peratus pada tahun 2025. - Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Tambak Johor Sudah 100 Tahun!

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia