web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:05AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, pelaksanaan sistem sewaan tanah pertanian khususnya untuk penanaman sayur kepada pengusaha tempatan perlu dikaji semula bagi mengelakkan sektor itu dikuasai warga asing.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan pengusaha tempatan yang memperoleh manfaat itu bertindak menyewakannya kepada warga asing untuk diusahakan.

"Sektor 3D iaitu dirty, difficult and dangerous ini tidak disertai oleh rakyat tempatan dan kita tahu bahawa kawasan utama penanaman sayur diberikan secara lease hold atau sewaan kepada rakyat tempatan tetapi mereka memberikan pula peluang ini kepada warga asing.

"Saya fikir dalam perkara ini, sistem itu sudah baik tetapi pelaksanaannya harus dilihat semula serta tentunya bahagian penguatkuasaan, Pejabat Daerah dan Tanah dan lembaga tertentu mesti mengambil tindakan. Kita harus melihat penyelesaiannya secara holistik," katanya.

Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa rantaian pembekalan sayur-sayuran di Malaysia kini mula dikuasai pendatang asing yang bertindak memperluas kawasan yang diusahakan secara haram sehingga mencecah 1,000 hektar.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafı Billah Shah di sini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Rubiah Wang.

Ahmad Zahid juga menyeru masyarakat beragama Islam di negara ini mendukung fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan kerajaan negeri supaya tidak terpengaruh dengan dakyah serta penularan ajaran sesat.

Mengulas dakwaan mengenai cubaan gerakan tertentu untuk menghidupkan kembali ajaran Ayah Pin atau Kerajaan Langit yang telah difatwakan sebagai sesat pada 1997 oleh pihak berkuasa di Besut, beliau berkata, ajaran sebenar Islam adalah bersandarkan nas al- Quran, hadis, qiyas dan ijmak ulama.

Tular di media sosial dakwaan individu tertentu bahawa wujud gerakan yang berhasrat menghidupkan kembali ajaran Ayah Pin, atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, di sekitar daerah Besut baru-baru ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Sukan 4 minggu yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 34 minit yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri