web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NGO Prihatin, Bantu Anak Asnaf Di Chow Kit Berkhatan Percuma

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Mar 2023 9:00AM

Antara gelagat anak-anak asnaf yang mendapatkan perkhidmatan berkhatan percuma pada program tajaan PERDIM dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan di Chow Kit baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegusaran seorang ibu tentang kelewatan anak bongsunya yang masih belum bersunat walaupun sudah berusia 12 tahun berakhir, apabila anaknya diberi peluang berkhatan secara percuma.

Aliyatul Hisman, 46, berkata Muhammad Nur Firdaus Nabinoh, sepatutnya menjalankan kewajipan sebagai lelaki Islam itu sejak tahun lepas lagi, namun kekangan kewangan membataskan hasratnya itu.

“Dia (Firdaus) berasa takut dan saya pula tidak mampu membayar kos bersunat kerana kalau pergi ke klinik swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM450.

“Suami tidak lagi bekerja, nasib baik Pertubuhan Jejak Jalanan menawarkan program bersunat, alhamdulillah,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Selain Muhammad Nur Firdaus, program tajaan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan itu turut melibatkan tujuh lagi kanak-kanak dan dua dewasa mualaf daripada golongan asnaf dan fakir di Chow Kit, di sini.

Presiden PERDIM Dr Boi Saidi Abdul Razak berkata inisiatif itu dilaksanakan bertujuan mengurangkan beban kos berkhatan kepada penduduk asnaf dan fakir di Chow Kit, sekali gus memberi pendedahan dan kesedaran kepada mereka untuk berkhatan kerana ia adalah amalan yang dituntut kepada lelaki Islam.

“Sebelum ini, kita pernah membuat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan ini dan mendapati keadaan kesihatan mereka tidak terjaga dan kebanyakannya menghidapi penyakit kulit.

“Kita juga mendapati ramai kanak-kanak lelaki di sini masih belum bersunat, oleh itu kita mengambil inisiatif untuk memberikan perkhidmatan berkhatan percuma kepada mereka,” katanya.

Menurut Dr Boi Saidi, kos berkhatan di klinik swasta boleh mencecah antara  RM180 hingga RM250 bagi kanak-kanak manakala bagi golongan dewasa boleh menginjak sehingga RM500 hingga RM800.

“Jadi kita ambil inisiatif ini untuk memanjangkan perkhidmatan kita kepada golongan kurang mampu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang berhasrat memperkenalkan program anak angkat khas buat golongan itu, tidak lama lagi.

Setakat ini, selain menawarkan perkhidmatan berkhatan percuma, PERDIM turut menjalankan beberapa aktiviti termasuk pemberian 200 pek makanan dan sumbangan RM2,500 bagi tujuan pengubahsuaian sebuah bilik keluarga fakir.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan, 54, berpendapat setiap bantuan yang disalurkan ke atas anak-anak lorong yang serba daif itu adalah demi menunaikan tuntutan fardu kifayah.

“Asalnya, saya bermula dengan menyumbangkan pek makanan kepada mereka pada setiap Jumaat bersama-sama dua atau tiga rakan. Namun, saya tidak mahu bersikap ‘Touch N Go’ sebaliknya mengambil tanggungjawab untuk menyelami kehidupan sebenar mereka,” katanya yang lebih mesra disapa sebagai ayah dalam kalangan anak-anak jalanan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Buruh Maut Ditimbus: CIDB Arah Henti Kerja Di Tapak Projek

2

Semasa 9 bulan yang lalu

KKR Mahu Laporan Terperinci Insiden Buruh Maut Di CSR, Kuala Lipis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tetapkan Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan Sabah, Sarawak Berasaskan CSR - Ahmad Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Cuai Khatan: Pemuda Peroleh Ganti Rugi Berjumlah RM3.1 Juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia