web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ziarah Hari Raya Dibenarkan Dengan SOP Ketat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 May 2021 8:24PM

Ziarah raya perlu mengikut SOP ketat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk membenarkan ziarah raya bagi kawasan berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pemulihan (PKPP) dan Bersyarat (PKPB) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi kawasan yang berstatus PKP, ziarah raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan jumlah kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah.

Beliau berkata, bagi kawasan berstatus PKPB dan PKPP pula, ziarah raya dibenarkan selama tiga hari iaitu pada 1 sehingga 3 Syawal.

“Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakam fizikal.

“Manakala bagi kawasan berstatus PKPP pula, ziarah raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, bagi memastikan penularan wabak COVID-19 terkawal, tuan rumah digalakkan menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan Kod QR MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, katanya, solat Hari Raya di masjid dan surau di kawasan PKP Diperketat (PKPD) tidak dibenarkan.

“Ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidilfitri akan diputuskan oleh pihak berkuasa agama kerajaan negeri masing-masing.

“Bagi menentukan siapa boleh hadir sama ada wanita atau kanak-kanak, ia terletak di bawah keputusan pihak berkuasa agama negeri yang akan memaklumkan kepada setiap masjid dan surau di negeri masing-masing,” katanya. - Getaran, 4 April 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia