web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Cadang Wujud Ambulans Udara Menjelang Akhir Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 9:49PM

Kor Ming berkata inisiatif tersebut akan menjimatkan perbelajaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun. - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif tersebut sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelajaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.

“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia MADANI,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Kor Ming memaklumkan jumlah tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini berjumlah RM538.26 juta.

Beliau berkata pada tahun lalu sahaja, perbelanjaan PSP&PA bagi tujuh negeri yang diuruskan SWCorp mencecah hampir RM2 bilion dengan RM1.32 bilion adalah daripada Kerajaan Persekutuan dan RM680 juta daripada PBT.

“Bagaimanapun, kerajaan menyediakan RM10 juta bagi PBT yang tidak berkemampuan iaitu hasil tahunan kurang RM10 juta setahun,” katanya.

Nga berkata jumlah kos pengurusan sisa pepejal PBT adalah berbeza mengikut saiz dan berdasarkan rekod kementerian, jumlah perbelanjaan pengurusan sisa pepejal adalah 30 hingga 80 peratus daripada hasil PBT.

Beliau berkata kementerian bersedia mengkaji semula kaedah pengurusan sisa tersebut dan semakan semula perjanjian konsesi hanya boleh dibuat seawal 2025 dengan perjanjian itu akan berakhir pada 2033.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion bagi kementerian berkenaan dalam Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia