web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kutipan Sisa Pepejal Meningkat Hampir 33,000 Tan Ketika Ramadan - Alam Flora

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:57AM

Pembaziran berlaku akibat tindakan segelintir masyarakat membeli makanan secara berlebihan dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. - Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kutipan sisa pepejal di ibu kota meningkat kepada hampir 33,000 tan semasa Ramadan tahun ini berbanding 27,000 tan dalam tempoh  sama tahun lepas.

Timbalan Pengurus Besar Bahagian Operasi Alam Flora Sdn Bhd, Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim berkata pembukaan semula bazar Ramadan merupakan antara faktor  utama yang menyumbang kepada peningkatan hampir 20 peratus kutipan sisa pepejal.

“Jadi bila ada penjualan makanan yang banyak, ada kemungkinan masyarakat membeli makanan secara berlebihan.

Apabila pembelian dilakukan secara berlebihan melebihi penggunaan isi rumah, mereka akan buang ke dalam tong sampah. Itu yang kami rasakan yang menyumbang kepada peningkatan kutipan sisa pepejal pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata jamuan bufet Ramadan yang dianjurkan di restoran dan hotel sekitar ibu negara turut menyumbang kepada peningkatan kutipan sisa pepejal tersebut.

Katanya pelbagai inisiatif dan kempen perlu diteruskan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat agar membuat perancangan dalam pembelian makanan bagi mengelakkan pembaziran. 

Terdahulu, Raja Kamal Azizol mengagihkan sumbangan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk serta 25 tong bagi mengisi minyak masak terpakai untuk dikitar semula kepada peniaga bazar Ramadan di perkarangan Surau Jumaat Al-Hikmah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin-Jinjang Utara sempena kempen “Love Food Hate Waste”. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia