web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: Operasi LRT Seperti Biasa, Jumlah Penumpang Berkurang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 May 2021 1:06PM

LRT di Lembah Klang akan beroperasi seperti biasa mulai 6 pagi hingga tengah malam semasa PKP melibatkan 6 daerah di Selangor. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang akan beroperasi seperti biasa dari 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan enam daerah di Selangor yang berkuat kuasa hari ini hingga 17 Mei depan.

Ketua Pegawai Operasi LRT Azmi Mohd Zain bagaimanapun berkata jumlah penumpang mula menunjukkan penyusutan termasuk pada waktu puncak selain kesesakan di kawasan menunggu stesen juga berkurangan.

"Terdapat sedikit pengurangan (penumpang) hari ini, dan pada 8 pagi tadi penumpang yang menunggu di platform ini (Stesen Pasar Seni) juga dilihat kurang daripada biasa kecuali apabila LRT tiba, baru nampak penumpang yang sedang menunggu.

"Tahap kapasiti penumpang (ridership) sejak PKP dilaksanakan tahun lalu hanya mencapai 45 peratus, jadi tak perlu khuatir kepadatan dalam LRT atau kesesakan dalam stesen kerana prosedur operasi standard pembersihan dalam LRT berjalan seperti biasa," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan menaiki Transit Aliran Massa (MRT) dari Stesen Kajang ke KL Sentral hari ini dengan transit di Stesen Pasar Seni.

Azmi berkata kekerapan perkhidmatan LRT juga masih sama seperti sebelum penularan COVID-19 iaitu  setiap tiga minit manakala MRT akan bergerak setiap empat minit pada waktu puncak namun akan dinilai semula berdasarkan perkembangan semasa.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan semula PKP di Selangor, membabitkan enam daerah iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula hari ini hingga 17 Mei, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai esok hingga 20 Mei. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia