web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran BKKA 2023 Untuk Penjawat Awam Mulai 17 April - Dr Zulkapli

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 11:07AM

Zulkapli Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam yang layak akan menerima bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 masing-masing mulai 17 April nanti.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata, bayaran berjumlah RM700 seorang itu  akan diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Menurut beliau, ia turut meliputi Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai atau kakitangan lantikan kontrak.

“BKKA 2023 ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) dengan bayaran sebanyak RM350.00.

“Selaras dengan keputusan tersebut, kaedah pembayaran BKKA 2023 layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 561 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkapli berkata, BKKA itu juga layak diterima oleh pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS), pegawai bercuti bergaji penuh, pegawai bercuti separuh gaji, pegawai bercuti tanpa gaji dan pegawai dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

“BKKA 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawal dan turut dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada17 April 2023 dan telah dilantik sebelum 17 April 2023.

“Ia juga layak diterima oleh guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, pegawai Gred Khas A dan ke atas yang layak memiliki pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya dan pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman,” katanya.

Sementara itu beliau menegaskan, BKKA bagaimanapun tidak layak diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.

“Turut tidak layak menerima BKKA ini ialah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turn pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023, pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.

“Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023 dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS),” tegasnya.

Zulkapli menarik perhatian, pemberian BKKA 2023 akan ditangguhkan untuk pegawai yang ditahan atau digantung kerja, atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT).

“Pegawai hanya layak dibayar BKKA 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat oleh PBTT yang berkenaan,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia