web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laksana Program TVET di Tempat Kerja, Itu Cara Terbaik Ganti Pekerja Asing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 9:14AM

Kesejahteraan ekonomi rakyat menerusi penempatan pekerjaan akan mampu ditingkatkan sekiranya langkah berkenaan dipraktikkan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain industri digesa mengambil peluang penangguhan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing dengan melaksanakan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di tempat kerja masing-masing.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, tindakan berkenaan dapat menjadi pemangkin kepada usaha penggantian pekerja asing di negara ini.

Menurut beliau, kesejahteraan ekonomi rakyat menerusi penempatan pekerjaan akan mampu ditingkatkan sekiranya langkah berkenaan dipraktikkan. 

"Situasi semasa ini seharusnya memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk bangkit merebut peluang pekerjaan dalam apa saja sektor demi kelangsungan hidup.

"Di pihak industri, inilah masanya menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi dengan menyahut seruan kerajaan agar industri menerajui TVET, dan akhirnya boleh menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja separa mahir sert berkemahiran tinggi," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan menangguhkan permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing termasuk melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing (PKPPA) bermula Sabtu lalu, sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, keputusan itu dibuat selepas kelulusan kuota pekerja asing setakat ini dijangka dapat memenuhi keperluan guna tenaga asing oleh industri termasuk di sektor kritikal.

Sivakumar berkata, Kementerian Sumber Manusia sudah meluluskan sebanyak 995,396 kuota penggajian pekerja asing, sehingga 14 Mac lalu.

Menurut beliau, ia membabitkan 342,106 bagi sektor pembinaan; perkhidmatan (143,568); perkilangan (387,122) dan perladangan (76,325).

Justeru, katanya, kementerian menggesa semua majikan yang diluluskan kuota pekerja asing untuk menyegerakan proses kemasukan pekerja dalam tempoh masa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Rizan berkata, 

kerajaan juga sewajarnya meletakkan syarat dan tuntutan kepada majikan yang telah membawa masuk pekerja asing untuk terlibat dalam pembangunan latihan TVET.

"Ini secara tidak langsung akan menjadi pemangkin kepada penggantian pekerja asing di tempat kerja masing-masing," katanya. 

Beliau memberitahu, PKPB menyambut baik keputusan yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan itu dan sentiasa bersedia menyalurkan kerjasama diperlukan.

Mengenai jumlah kuota penggajian pekerja asing, jelas Mohamad Rizan, PKPB difahamkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan 995,396 permohonan merangkumi pelbagai sektor.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu masih rendah berbanding jumlah kuota yang sudah diluluskan, sekali gus menimbulkan pertanyaan, adakah warga asing tidak lagi berminat bekerja di negara ini.

"Gambaran awal menunjukkan seolah-olah pekerja asing tidak menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerja di Malaysia.

"Manakala pihak industri pula sedang bergelut memulihkan operasi perniagaan dan membuat perancangan bagi kemasukan pekerja asing yang diperlukan berdasarkan keperluan operasi semasa," katanya. - Getaran, 25 Mac 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia