web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


KPDN Terengganu Gerakkan 116 Penguat Kuasa Op Pantau 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Mar 2023 9:36AM

KPDN Terengganu menggerakkan 116 pegawai dan anggota penguat kuasanya dalam Op Pantau 2023 yang bermula Khamis lepas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menggerakkan 116 pegawai dan anggota penguat kuasanya dalam Op Pantau 2023 yang bermula Khamis lepas.

Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata mereka turut dibantu 58 pegawai pemantau harga yang akan turun ke semua lokasi termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

"Kami telah bermula dengan Op Pantau 2023 pada hari pertama puasa dengan tumpuan di bazar Ramadan, pasar awam dan pasar tani.

"Jadi kami harapkan kerjasama daripada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pembeli dengan meletak harga tinggi yang boleh menyebabkan mereka didenda," katanya selepas pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Negeri Terengganu 2023 di Binjai Rendah, di sini.

Sempena pelancaran tersebut, KPDN turut mengagihkan insentif kewangan dalam bentuk e-dompet melalui program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) kepada pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah.

Saharuddin berkata inisiatif sebanyak RM20 itu disediakan untuk 6,000 pengunjung terawal bagi menggalakkan mereka membuat pembelian tanpa tunai.

"Inisiatif ini hanya ditawarkan di Bazar Ramadan Rahmah Binjai Rendah setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan.

"Selain pengunjung, inisiatif dalam bentuk e-dompet sebanyak RM30 turut diberikan kepada peniaga di bazar berkenaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 7 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia