web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Ditegur Gopoh Baca Doa Makan, Anak Tergamak Belasah Ayah 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 4:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Berang ditegur apabila membaca doa makan terlalu laju ketika mahu berbuka puasa, seorang lelaki sanggup membelasah ayah kandungnya menggunakan kerusi sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, susulan insiden, warga emas yang berusia 63 tahun itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar jam 9.37 malam semalam. 

“Siasatan polis mendapati, kejadian yang berlaku di rumah mereka di Bandar Puncak Utama di sini itu berpunca daripada suspek yang berang kerana ditegur, apabila membaca doa makan terlalu laju ketika mahu berbuka puasa.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur tidak berpuas hati, dan tiba-tiba bertindak agresif menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga patah kaki kerusi itu,” katanya hari ini. 

Mohd Zaid berkata, seorang daripada anak mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek bertindak meleraikan pergaduhan itu sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan segera.

Bertindak atas laporan dibuat katanya,  suspek yang berusia 34 tahun telah ditahan dan kerusi yang digunakan memukul mangsa turut dirampas.

"Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangan kanan.

"Kita telah melakukan ujian saringan air kencing dan didapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati dia juga memiliki dua rekod  jenayah lampau, termasuk kesalahan berkaitan dadah," katanya. 

Menurut beliau, suspek direman selama tiga hari sehingga 27 Mac depan bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. 

"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya. - Getaran, 25 Mac 2023.


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia