web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penularan COVID-19 Tidak Terkawal, Kampung Permatang Tulang Kena PKPD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 11:15PM

Rahmad Mariman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan  (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Permatang Tulang, Sebatu, Jasin, susulan jangkitan COVID-19 dalam komuniti yang semakin tidak dikawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, faktor itu menyebabkan kerajaan negeri memohon PKPD dilaksanakan di kawasan itu bermula esok (7 Mei) sehingga 20 Mei depan.

Beliau berkata, kes berkenaan merebak  terlalu cepat sehingga menjangkiti pelbagai  termasuk komuniti, institusi keagamaan, pendidikan serta tempat kerja.

"Sekiranya kawasan itu tidak ditutup, kes dikhuatiri akan terus meningkat semasa sambutan Aidilfitri, malah sehingga kini seramai 458 kontak rapat sudah dikesan dan daripada jumlah itu 83 positif.

"Jadi disebabkan faktor itu, kita memohon PKPD dilaksanakan kerana kes di kawasan itu hampir tidak boleh dikawal," katanya.

Menurut beliau, susulan pengumuman pelaksanaan itu, kawasan berkenaan menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD membabitkan komuniti di negeri ini.

"Penduduk di kawasan itu tidak perlu risau akan bekalan makanan mahupun barangan keperluan asas kerana ianya akan diuruskan pemimpin setempat sepanjang 14 hari pelaksanaan itu," katanya.

Mengulas lanjut Rahmad berkata, semalam satu kluster baharu direkodkan di Melaka iaitu Kluster Kopitiam Machap Baru susulan aktiviti sosial membabitkan kumpulan besar tanpa  pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

"Kebanyakan daripada kluster ini membabitkan warga emas dan 22 kes positif direkodkan, mencakupi 235 kontak rapat selain merangkumi 48 kontak keluarga, empat kontak tempat kerja dan selebihnya kontak sosial.

"Boleh saya katakan kluster ini berpunca daripada tiadanya pematuhan SOP khususnya  aspek penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika melakukan aktiviti sosial di premis," katanya yang turut memaklumkan  kluster itu sudah merebak sehingga ke Jasin serta Tampin.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka hari ini melaporkan, sebanyak 82 kes positif direkodkan dengan 514 pesakit masih dirawat di Hospital Melaka dan 30 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala tujuh lagi memerlukan bantuan alat pernafasan. - Getaran, 6 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia