web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:16AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Justeru, beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang mengenai bekalan tersebut, memandangkan data menunjukkan bekalan mencukupi sehingga tempoh perayaan akan datang.

Beliau sekali gus membidas dakwaan segelintir peniaga, mengenai bekalan ayam tidak mencukupi sebagai sebab menaikkan harga, yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mendapat maklumat terperinci pada hari ini daripada Jabatan Veterinar, setelah KPDN berkongsi maklumat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

“Secara rasminya data menunjukkan bekalan cukup sehingga hari raya ini,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma pada pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Taman Perling, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pulai itu berkata setiap aduan dipandang serius KPDN, justeru sekiranya perkara tersebut berlaku, rakyat dan peniaga diminta melaporkan perkara itu kepada KPDN.

“Kerana kita bimbang (kalau ada) isu tempatan atau tempat-tempat tertentu, itu tidaklah menggambarkan tentang isu sebenarnya. Kadang-kadang, ada masalah di antara pembekal dengan peruncit, mungkin akibat daripada mereka lambat bayar ataupun bekalan tidak cukup, mungkin itu berlaku di tempat-tempat tertentu,” kata Salahuddin.

Beliau berkata pegawai penguat kuasa KPDN telah pun diarahkan mengetatkan pemantauan sepanjang bulan Ramadan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, demi kebajikan rakyat.

“Nasihat saya kepada peniaga-peniaga selagi kerajaan masih meletakkan harga kawalan atau harga siling bagi ayam iaitu RM9.40 (sekilogram), saya harap itu dipatuhi.

“Sekiranya mereka berhadapan dengan bekalan ataupun memerlukan bantuan daripada KPDN, kita sedia membantu,” katanya ketika menjawab dakwaan peniaga yang mengatakan harga naik kerana bekalan kurang di pasaran.

Media hari ini melaporkan terdapat kekurangan bekalan ayam segar hampir 30 peratus di pasaran, menyebabkan kenaikan harga ayam tidak dapat dielakkan, dengan harga ayam di peringkat runcit dilaporkan naik kepada RM11 sekilogram sejak awal Ramadan dan dijangkakan terus meningkat sehingga RM11.50 dalam tempoh terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia