web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Bangunkan Lapangan Terbang Subang Masih Di Peringkat Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 2:13PM

Keputusan akhir mengenai sebarang cadangan membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang akan diputuskan oleh Kabinet.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang cadangan untuk membangunkan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, masih berada di peringkat awal dengan pertimbangan dan keputusan akhir akan diputuskan oleh Kabinet.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, adalah kebiasaan untuk  kertas cadangan dikemukakan kepada kerajaan melalui kementerian berkaitan bagi mengembangkan aset baru atau sedia ada.

“Dalam kes Lapangan Terbang Subang yang telah menjadi kemudahan penting dan pusat bandar utama bagi penduduk Lembah Klang, ia memerlukan perhatian serta pertimbangan terperinci demi masa depan lanskap penerbangan Malaysia yang lebih meluas,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan media bahawa terdapat entiti swasta mengusulkan untuk mengambil alih dan mengoperasikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Airports Holdings Bhd menjelaskan bukan sesuatu yang luar biasa bagi pasaran untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai pembangunan lapangan terbang baharu atau mengambil alih lapangan terbang sedia ada.

"Ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini dan sebagai sebahagian daripada proses itu, kerajaan akan mendapatkan input daripada kami mengenai perkara itu.

"Bersama-sama dengan Malaysia Aviation Group, kami telah memberikan pandangan awal kami,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia