web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Baju Raya RM1, Kedai Pakaian Diserbu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 5:54PM

Lebih 500 menyerbu sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, di sini bagi mendapatkan baju raya berharga RM1 sehingga berlaku kekecohan, awal pagi semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Lebih 500 menyerbu sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, di sini bagi mendapatkan baju raya berharga RM1 sehingga berlaku kekecohan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai insiden itu sebaik sahaja kedai terbabit mula beroperasi sekitar jam 10.30 pagi.

Katanya, kekecohan berlaku apabila 100 pelanggan pertama dapat membeli pakaian dengan harga RM1, manakala 50 pelanggan seterusnya akan mendapat baju kurta percuma.

“Dianggarkan seramai lebih 500 membanjiri kedai berkenaan untuk mendapatkan harga promosi tersebut, sehingga berlaku tolak menolak dan kekecohan.

“Sekitar jam 11.45 pagi, atas faktor keselamatan, pihak pengurusan kedai bersetuju menghentikan operasi kedai kerana tidak dapat mengawal bilangan pengunjung yang hadir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

Malah beliau turut mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam kejadian itu.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat pada musim perayaan.

“Peniaga pula hendaklah sentiasa peka dan elakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman menunjukkan orang ramai sedia menunggu di hadapan pintu sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam.

Difahamkan, pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur itu membanjiri kedai terbabit yang didakwa menawarkan baju raya serendah RM1. – Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Serbu 5 Kilang Beras Di Kedah - Azam Baki

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kediaman Hamzah Diserbu LHDN?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buru Penunggang Buat Aksi ‘Whelie’ Pakai Baju Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia