web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buru Penunggang Buat Aksi ‘Whelie’ Pakai Baju Melayu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 4:42PM

Tangkap layar daripada video media sosial menunjukkan seorang penunggang bersama pemboncengnya melakukan aksi ‘whelie’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat mengesan seorang pemuda yang menunggang motosikal melakukan aksi berbahaya sambil membawa bersama seorang pembonceng wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi ‘whelie’ yang tular di media sosial itu dikesan berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut beliau, video berkenaan jelas memaparkan penunggang terbabit bersama pemboncengnya yang lengkap berpakaian kebangsaan melakukan aksi berkenaan.

“JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi siasatan lanjut.

“Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mat Kasim menggesa agar penunggang motosikal terbabit hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Video berdurasi 29 saat itu tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki bersama rakan wanitanya menunggang motosikal dan melakukan aksi ‘whelie’, dipercayai di Kota Bharu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran media sosial PDRM, majoriti netizen memuji tindakan pihak berkuasa yang mengambil tindakan segera mengesan lelaki tersebut.

“Bagus betul (tindakan pemuda itu) terus bagi bahan bukti... senang sikit PDRM buat kerja,” kata Azian Ahmad.

“Untung dapat jemputan raya daripada balai,” kata pula Shahrul Shazwan.

“Cari sampai dapat, rugi kalau tak dapat,” kata Amir Sherizawa. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia