web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tolak 583 Permohonan Rentas Negeri Melalui LTSAAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 8:23AM

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.- Gambar subangskypark.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 583 permohonan rentas negeri melalui pengangkutan udara di balai polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, di sini ditolak bagi tempoh 30 April hingga semalam.

“Polis Petaling Jaya mengingatkan orang ramai bahawa bukti tiket penerbangan yang telah dibeli bukanlah alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri.”

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia berikutan justifikasi permohonan didapati tidak munasabah dan dokumen perjalanan yang dikemukakan tidak sah atau tidak lengkap.

Beliau berkata permohonan yang diberi kelulusan adalah hanya bagi tujuan menziarahi kematian ahli keluarga terdekat seperti pasangan sendiri, anak, ibu dan adik-beradik, kecemasan dan pasangan suami isteri jarak jauh.

“Kesemua permohonan ini mestilah mendapat kebenaran polis melalui permit rentas negeri sebelum membuat sebarang tempahan atau pembelian tiket penerbangan.

“Polis Petaling Jaya mengingatkan orang ramai bahawa bukti tiket penerbangan yang telah dibeli bukanlah alasan kukuh bagi mendapatkan kelulusan permit rentas negeri,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, polis telah merakam keterangan 15 individu susulan siasatan kes majlis tahnik anak kepada seorang penyanyi tersohor tanah air yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, pada 26 April lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha berkata antara yang dipanggil adalah penganjur, orang kenamaan dan penceramah.

“Siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, polis mengenakan kompaun RM10,000 terhadap pihak badan pengurus bersama di sebuah premis di ibu kota hari ini kerana gagal mengarahkan penghuni membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama dalam buku daftar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata tindakan kompaun dikenakan di bawah Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 4) (pindaan) (No. 16) 2021.

“Polis menasihatkan semua pemilik premis agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Adalah menjadi tanggungjawab pemilik premis memastikan semua penghuni dan pengunjung mematuhi SOP,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia