web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP: Solat Sunat Tarawih, Aidilfitri Dibenarkan Di Wilayah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2021 8:42AM

Solat tarawih dan Aidilfitri di seluruh Wilayah Persekutuan dalam tempoh PKP dan PKPP dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dan surau. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Solat sunat tarawih dan Aidilfitri di seluruh Wilayah Persekutuan yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan berdasarkan kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter berkuat kuasa semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Mohd Ajib berkata ketetapan baharu yang diumumkan Jawi itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras pengumuman terkini kerajaan berhubung perkembangan PKP.

“Aktiviti qiamullail dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah antara ketetapan baharu berhubung ibadah solat dan aktiviti keagamaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan:

Kawasan PKP (Kuala Lumpur)

Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 20 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid hingga 10 malam.  

Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, Majlis Jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan.

Kuliah dan tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan 1.5 meter.

Kawasan PKPP (Putrajaya dan Labuan)

Tadarus al-Quran dibenarkan secara bersemuka dengan kapasiti separuh dewan solat utama manakala Majlis Khatam al-Quran dibenarkan mengikut kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan jumlah peserta mengikut kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter sehingga jam 10 malam.  

Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri dibenarkan secara berbungkus manakala Majlis Jamuan Hari Raya tidak dibenarkan.

Kuliah dan tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan separuh kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Aktiviti Ziarah Kubur dibenarkan dengan tidak melebihi enam orang bagi satu petak kubur dan tidak melebihi 30 minit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

2

Refleksi 10 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawi Siasat Laporan Kesalahan Qazaf - Menteri

4

Budaya 1 tahun yang lalu

Ahmad Terus Berjuang Martabatkan Tulisan Jawi Menerusi Seni Khat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia