web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawi Siasat Laporan Kesalahan Qazaf - Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2023 8:38PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bersama penerima Skim Pembiayaan Hafiz. gambar Facebook Mohd Na'im Mokhtar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menjalankan siasatan berhubung empat laporan berkaitan dakwaan kesalahan qazaf yang diterimanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

“Bila ada laporan dikemukakan, siasatan akan dijalankan. Semasa siasatan dijalankan, pihak-pihak (berkaitan) dan saksi akan dipanggil oleh pihak penguat kuasa agama dan di situ laporan akan disediakan," katanya kepada media selepas Majlis Amanat Menteri bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di sini, hari ini.

Menurut undang-undang Syariah, kesalahan qazaf adalah perbuatan menuduh seorang muslim melakukan zina, tanpa menampilkan empat orang saksi. Sebahagian ulama mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.

Semasa ditanya sama ada pendakwaan akan dibuat, Mohd Na'im berkata ia diputuskan kemudian.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Mohd Na'im berkata seramai 171 pelajar huffaz menerima tajaan di bawah SPH membabitkan peruntukan berjumlah RM2.95 juta pada tahun ini.

Beliau berkata, penerima SPH itu terdiri daripada tiga pelajar sarjana, 130 pelajar ijazah sarjana muda dalam negara, dan 38 pelajar ijazah sarjana muda di luar negara.

"Kerajaan sentiasa peka serta meneliti semua aspek dalam usaha memartabatkan bidang pengajian tahfiz di negara ini, sama ada dari aspek kualiti, keberhasilan, prospek masa depan, tadbir urus dan kewangan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

2

Refleksi 10 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Politik 1 tahun yang lalu

Hukum Qazaf Jangan Dipermain, Jenayah Besar Dalam Islam - Khairuddin

4

Budaya 1 tahun yang lalu

Ahmad Terus Berjuang Martabatkan Tulisan Jawi Menerusi Seni Khat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia