web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Data Buktikan Tanah Rizab Melayu Di Kedah Menurun – Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 7:00AM

Nik Nazmi mempertahankan kenyataannya di Parlimen pada 29 Mac lalu bahawa tanah rizab Melayu di Kedah menurun. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan kenyataannya di Parlimen pada 29 Mac lalu bahawa tanah rizab Melayu di Kedah menurun.

Menerusi hantaran di Facebook, Nik Nazmi menjelaskan, jawapan tersebut disediakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), yang mengumpul data tanah rizab Melayu oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.

Malah beliau turut memuat naik surat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah bertarikh 30 November lalu kepada JKPTG yang menunjukkan angka sama dengan jawapannya di Parlimen berhubung perkara itu.

“JKPTG tidak menerima maklumat tambahan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah dari 1 Disember 2022 hingga 29 Mac lalu.

“Maklumat tentang keluasan tanah rizab melayu Kedah meningkat sebagaimana dibangkitkan oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) tidak dikongsikan dengan pihak JKPTG.

“Saya menyatakan angka yang disediakan oleh JKPTG berdasarkan maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah dan saya yakin dengan kerja penjawat awam yang terlibat di peringkat Persekutuan dan negeri,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, Nik Nazmi memaklumkan semua negeri di Semenanjung mencatat peningkatan keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di antara 2021 dan 2022 kecuali Kedah, Kuala Lumpur dan Perak.

Kedah mencatatkan penurunan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, Kuala Lumpur (1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar) dan Perak, 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata sebaliknya berlaku peningkatan kepada jumlah keluasan tanah rizab Melayu ketika ini berbanding jumlah asal yang diwartakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Beliau menegaskan, keluasan asal tanah rizab Melayu di Kedah pada 1933 mengikut warta yang dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) adalah berjumlah 721,496.95 hektar.

“Bermula dari tahun 1933 hingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan Tanah Rezab Melayu yang dicabut keluar adalah sebanyak 4,751.37 hektar, namun ia diganti balik dengan tanah seluas 5,160.03 hektar.

“Ini menjadikan keluasan Tanah Rezab Melayu di Kedah pada Januari 2023 ialah seluas 721,905.61 hektar,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Muhammad Sanusi berkenaan peningkatan tanah rizab Melayu Kedah dari 1933 sehingga hari ini.

Namun katanya, memandangkan Muhammad Sanusi mula menjadi Menteri Besar pada 2020, sudah tentulah angka dari 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan berbanding dengan Kedah ketika era British dan jajahan Jepun atau Siam pada Perang Dunia Kedua.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, beliau menerima usul Tarmizi terhadap Nik Nazmi kerana didakwa ‘berbohong’ mengenai kenyataannya berhubung penurunan tanah rizab Melayu di Kedah.

Perdebatan maksud perkataan ‘bohong’ itu menyebabkan tiga Ahli Parlimen diarahkan keluar Dewan Rakyat, kelmarin.

Ahli Parlimen berkenaan yang diarahkan keluar selama satu jam adalah Datuk Awang Hashim (PN - Pendang) manakala dua lagi adalah Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN - Arau) dan RSN Rayer (PH - Jelutong) selepas perdebatan berlangsung hampir 15 minit menyebabkan Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong mengeluarkan arahan itu.

Drama bermula apabila Awang membangkitkan isu mengenai tanah simpanan Melayu yang didakwa paling banyak hilang di Kedah seperti didedahkan Nik Nazmi sebelum ini.

“Menteri kalau tak ada maklumat jangan bercakap, jangan bohong dalam dewan ini.

“Menteri Kewangan bagi balik peruntukan, semak balik tanah simpanan Melayu, jadi menteri tak reti bercakap macam ini, mengelirukan dewan, tarik balik dan mohon maaf mengatakan kerajaan Kedah yang paling banyak hilang 'Malay reserve', janganlah cungkil tak suka pun,” katanya. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia