web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Dipecah Masuk Ketika Beli Juadah Berbuka, ‘Ubat Anak, Nasi Bungkus Lesap’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 7:00AM

Insiden itu berlaku dalam tempoh kurang 20 minit di kawasan tumpuan orang ramai. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malang tidak berbau. Begitulah nasib menimpa seorang wanita apabila keretanya dipecah masuk ketika dia keluar membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan, Sabtu lalu.

Insiden yang berlaku di kawasan Arena Square, Lembah Kuala Kangsar, Perak itu dikongsikan wanita terbabit yang dikenali sebagai Cik Eka di Facebook miliknya.

Malah lebih memeranjatkannya, insiden itu berlaku dalam tempoh kurang 20 minit di kawasan tumpuan orang ramai.

“Dugaan bulan puasa, parkir kereta dekat Arena Lembah Kuala (Kangsar), tak lama dalam 20 minit pergi cari makanan di situ.

“Habis membeli, tengok dari jauh tingkap belakang terbuka. Ingat lupa nak tutup, sampai sahaja dekat kereta, tengok cermin tingkap dah pecah,” katanya.

Ceritanya lagi, bukan sahaja beg dan beberapa barang milik anaknya termasuk ubat lesap, pelaku turut melarikan bungkusan nasi lauk daging di dalam kenderaan terbabit.

“Habis (lesap) beg, barang anak dengan makanan bungkus nasi lauk daging. 

“Dengan speaker (pembesar suara) dia ambil. Ya Allah, barang anak itu yang penting (sebab) ubat untuk mereka,” katanya.

Susulan insiden itu, Cik Eka menasihati orang ramai supaya tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan masing-masing seperti dilakukannya.

Cik Eka berkata, kenderaannya mungkin dipecah masuk disebabkan pelaku ‘teruja’ melihat beg yang diletakkan di kerusi penumpang di bahagian belakang.

“Kena beringat selepas ini, jangan tinggal beg di dalam kereta atau barang berharga sekalipun. Jenis makhluk (pencuri) ini bukan kira dah, janji dapat. 

“Nasib baiklah saya tiada barang penting dalam beg. Mudah-mudahan perkara sebegini menjadi peringatan kepada semua warga Kuala (Kangsar) walaupun di mana jua,” katanya.

Atas nasihat orang ramai, Cik Eka memaklumkan dia suruh membuat laporan polis berhubung insiden itu di Balai Polis Kuala Kangsar, Perak pada Ahad lalu.

“Dari petang tadi keluar masuk balai. Alhamdulillah settle (selesai) dah buat laporan polis,” katanya.

Perkongsian itu menjadi tular di Facebook dengan kebanyakan netizen meluahkan rasa simpati terhadap Cik Eka dan memintanya agar bersabar dengan ujian di bulan Ramadan.

“Allahuakbar. Lauk makanan pun dia sapu? Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Syed Bihar.

“Gila, berani betul orang yang buat kerja macam ini. Sah, orang ramai dekat tempat parkir, dia boleh pecah kereta... bahaya betul,” kata Fikri Hafiz Saharuddin.

“Semoga Allah segera balas pelaku dengan lebih azab daripada apa yang telah dibuat,” kata Azizul Rahman Zainol.

Sementara itu, beberapa netizen turut menggesa pihak polis mempergiatkan rondaan di kawasan terbabit memandangkan kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.

“Pihak berkuasa kena lagi tegas buat pemantauan kerana kejadian ini pernah dah berlaku ketika Ramadan. Kalau tahun ini berlaku lagi, maknanya adalah orang sama,” kata Ahmad Nadim.

“Kurang ajar betul, tak kiok (mati) lagi orang ini. Kejadian yang sama macam tahun lepas. Kemungkinan, orang sama lelaki kulit hitam naik motosikal,” kata Wan Ruziyana. - Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia