web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KDN Arah Operasi Pemantauan SOP Dipertingkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 12:31PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan jabatan dan agensi penguatkuasaan meningkatkan bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap  individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Jabatan dan agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Antidadah Kebangsaan dan Agensi Kawalan Sempadan. 

KDN dalam kenyataan hari ini berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh terutama menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Selain menambah bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya di lapangan, pemantauan ketat juga akan dijalankan bagi menghalang individu yang mengambil kesempatan untuk merentas negeri atau daerah menggunakan pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail atau perkhidmatan e-hailing.

“KDN memantau rapat perkembangan penularan pandemik COVID-19 dalam negara dan menerima banyak laporan daripada jabatan serta agensi penguatkuasaan berhubung masalah kekurangan pematuhan terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di kawasan-kawasan tertentu di Selangor, Johor, Terengganu, Perak dan Kelantan serta seluruh Kuala Lumpur sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. 

Semenjak PKP dilaksanakan dan sehingga kini, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terlibat dalam penugasan COVID-19.

KDN menyeru semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah diputuskan oleh kerajaan dan memberikan kerjasama jitu terhadap segala usaha dan langkah kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman pandemik COVID-19.

Semalam, Malaysia mencatatkan sejumlah 4,498 kes positif baharu COVID-19, menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 432,425 kes. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia