web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Menuju Pantai Timur Sesak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 2:58PM

Aliran trafik menuju ke pantai timur sesak sejak awal pagi tadi. - Gambar Facebook LLM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun ibu negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak awal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi tadi menyebabkan kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Menurutnya selain pertambahan pengguna jalan raya, kesesakan dipercayai berlaku susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong. 

LLM di laman Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi tadi.  

Sementara itu Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat mengesahkan kepada Bernama berlaku peningkatan pergerakan kenderaan memasuki negeri berkenaan sejak semalam membabitkan tiga laluan pintu masuk iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Menurutnya, sebanyak 75 kenderaan turut diarahkan berpatah balik susulan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri sepanjang pelaksanaan sekatan jalan raya di laluan masuk negeri berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata pihaknya akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri berkenaan yang berada di bawah PKP sejak 16 April lepas hingga 17 Mei ini.

"Selain itu, polis juga akan menambah bilangan pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli belah," katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia