web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Timbang Cadangan Beri Subsidi Tiket Penerbangan Kepada Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2023 5:32PM

Anwar beramah mesra dengan pelajar pada sesi dialog bersama mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan pemberian subsidi tiket penerbangan kepada golongan mahasiswa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perincian cadangan itu akan dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT), dan turut melibatkan semua syarikat penerbangan. 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, MOT di bawah pimpinan Anthony Loke Siew Fook selaku menteri juga telah mengumumkan penambahan jumlah penerbangan pada musim cuti raya.

"Menteri Pengangkutan baru-baru ini, ada sebut mengenai pertambahan (tiket) semasa cuti raya namun ia (pengurangan harga tiket) di luar skop kerajaan dan nanti kena beri subsidi tiket. 

"Namun, subsidi tiket (penerbangan) untuk mahasiswa ini masuk akal serta mungkin kita perlu runding dengan syarikat penerbangan," katanya pada sesi dialog bersama mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Program tersebut dihadiri 241 anggota MPP UiTM dari semua 24 cawangan seluruh negara.

Ia dihoskan oleh Yang Dipertua MPP UiTM Shah Alam, Mohamed Yusuf Hassan Roslan.

Mengulas isu sama Anwar berkata, perbincangan bersama pelbagai pemegang taruh perlu dibuat dengan meneliti parameter bersesuaian, termasuk kekerapan dan aspek lain yang berkaitan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, sijil atau identiti pelajar juga perlu diperoleh untuk kemungkinan pemberian tiket setahun sekali kepada golongan itu.

"Dia ada certificate (identiti) pelajar, (mungkin) setahun sekali ke...nanti saya akan bincangkan dengan Loke. Saya akan bincang dan maknanya saya terimalah cadangan ini.

"Pelajar dari Sabah dan Sarawak tidak semua daripada keluarga senang dan (tiket penerbangan) ini mungkin membebankan kerana kos terlalu tinggi. Kos dari Miri, Sarawak sahaja terlalu mahal," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan tunai dompet elektronik (e-Wallet) kepada semua mahasiswa, termasuk di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Menurut beliau, ia merupakan pendekatan yang lebih baik berbanding had umur ditetapkan sebelum ini iaitu 18 hingga 20 tahun seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

“Saya akan putuskan supaya e-Wiallet itu boleh dimanfaatkan oleh semua mahasiswa,” katanya. 

Perdana Menteri turut memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah akses internet dalam kalangan mahasiswa di semua universiti seluruh negara pada kadar segera.

“Sebab itu arahan kita sekarang dalam Kerajaan Perpaduan, termasuklah DNB (Digital Nasional Berhad) yang diselaraskan oleh Menteri Komunikasi, syarat pertama akses internet menyeluruh di seluruh negara, atau kita tidak teruskan (5G).

“Bersama universiti, saya bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan adakan beberapa perancangan segera supaya akses internet ini mesti dipenuhi di semua kampus (universiti) di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 7 April 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia