web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Khas Aidilfitri Pesawah, Nelayan Dibayar Isnin Depan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:29PM

KPKM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara akan menerima manfaat berkenaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak sebanyak RM200 seorang akan dibayar mulai Isnin depan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara akan menerima manfaat berkenaan.

Katanya, bayaran secara one-off itu akan disalurkan menerusi agensi dan jabatan berkaitan.

“Bayaran kepada pesawah akan disalurkan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

“Nelayan laut pula disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan nelayan darat menerusi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kriteria penerima membabitkan pesawah, nelayan laut dan nelayan darat warganegara Malaysia.

Selain itu, katanya, pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan juga layak menerima bantuan khas tersebut.

Ujarnya, bagi kriteria nelayan pula, ia termasuk nelayan laut dan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.

“Pengumuman ini membuktikan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan nasib pesawah dan nelayan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi selaras dengan kerangka visi Malaysia Madani.

“KPKM berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pesawah dan nelayan dalam membuat persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Pada masa sama, katanya, KPKM turut menzahirkan komitmen dalam memastikan penyaluran pembayaran bantuan kewangan ini dibuat secara efisien dan teratur.

Katanya, jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM seperti Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM di talian 03-8870 1759/ 1760/ 1761.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di talian 03-8870 4422/ 4475, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di talian 03-2610 9664, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03-8064 9303.

“Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di talian 04-772 8255 dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di talian 09-745 5388 sambungan 5433,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Katanya, ia adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan kepada golongan itu dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan bulan lalu.

“Pemberian bantuan ini ialah antara yang terbesar pernah diberikan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil getah,” katanya. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Projek Smart SBB Mampu Tarik Minat Golongan Muda Sertai Penanaman Padi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Nelayan Hilang Ditemukan Pagi Ini, Rakan Masih Hilang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Industri Perikanan Perlu Tenaga Muda, Jangan Sampai Dikuasai Warga Asing

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia