web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Smart SBB Mampu Tarik Minat Golongan Muda Sertai Penanaman Padi

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 12:07PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) melihat pokok padi yang dituai pada Program Penuaian Padi Projek SMART Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kampung Gulau, Pendang semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan yang diperkenal oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berupaya menarik minat golongan muda untuk menjadikan bidang pertanian khususnya penanaman padi sebagai sumber pendapatan.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, penggunaan teknologi terkini termasuk dron dalam projek itu membantu petani mengusahakan tanaman dengan lebih mudah, selain mampu meraih hasil padi yang lebih baik.

"Smart SBB kita ini ada peneraju dengan keluasan kawasan tanaman tertentu, jadi sudah tentu anak-anak muda yang mempunyai pemikiran, kemahiran dan keinginan itu boleh sertai.

"Golongan anak muda boleh menjadikan industri padi sebagai pendapatan, cuba bayangkan kalau dapat hasil tujuh metrik tan per hektar, kalau di kawasan 100 relung (28 hektar), kalau sejumlah itu ia akan dapat menarik anak muda menjadikan penanaman padi sebagai profesion," katanya.

Beliau ditemui pada Program Penuaian Padi Projek SMART SBB Ala Sekinchan MADA yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu di Kampung Gulau di sini, semalam.

Ismail berkata, projek Smart SBB adalah sebahagian daripada inisiatif MADA dalam menyokong agenda Gelombang Padi untuk melonjakkan pembangunan industri padi dan beras negara sekali gus meningkatkan nisbah sara diri (SSR) tanaman itu di negara ini.

"Kalau kita banding hasil lima metrik tan per hektar sebelum ini dengan 7.8 metrik tan per hektar berdasarkan sampel ujian tuai atau CCT (Crop Cutting Test) di kawasan Smart SBB, cuba bayangkan kalau seluruh kawasan MADA ini melaksanakan Smart SBB dan menghasilkan 7.8 metrik tan per hektar maka kita boleh capai lebih 80 peratus SSR," katanya.

Projek Smart SBB MADA di Kampung Gulau diusahakan di kawasan seluas hampir 39 hektar membabitkan 10 peserta yang terdiri daripada peladang muda.

Bagi seorang peserta projek itu Mohamad Farid Shafie, 38, penggunaan mesin serta jentera berteknologi tinggi menjadikan proses tanaman padi lebih mudah dan cepat, selain membantu sektor berkenaan yang berhadapan situasi kekurangan tenaga buruh.

Dia berkata, selain penggunaan teknologi, penyediaan insentif tertentu kepada petani mampu menarik minat golongan muda menyertai sektor penanaman padi, sekali gus menjamin kelangsungan tanaman itu pada masa akan datang.

"Saya mengusahakan tanaman padi seluas 40 hektar di mana dalam 20 hektar lebih adalah Projek Smart SBB, sekarang padi yang dalam Smart SBB belum tuai lagi tapi tanaman itu saya tengok ada peningkatan dari segi kualiti pokok, jadi saya harap hasil nanti ada peningkatan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

2

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Sukan 1 bulan yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 16 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran