web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berobok, Bubur Lambuk Jadi Sedekah Di Akhir Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2021 9:09PM

Bubur berobok dari Pejabat DUN Kukusan diagihkan kepada orang ramai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Kesibukan melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak menghalang orang ramai dari terus bersedekah demi mengejar pahala pada 10 malam terakhir Ramadan, tahun ini.

Antaranya termasuk sumbangan juadah berbuka untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya golongan memerlukan seperti anak yatim, asnaf atau petugas barisan hadapan.

Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) N70 Kukusan misalnya mengambil inisiatif menyediakan lebih 700 pek bubur berobok, sejenis makanan tradisional suku Bugis di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rina Jainal berkata, pihaknya mengambil keputusan meneruskan tradisi menyediakan bubur lambuk yang mula dilakukan sejak dua tahun lalu.

"Sebelum ini ia hanya membabitkan parti, namun, tahun ini kami melebarkan pemberian Berobok kepada orang ramai selaras dengan status Kukusan sebagai DUN buat kali pertama.

"Pemilihan berobok sebagai juadah berbuka adalah signifikasi dengan masyarakat setempat selain mengambil kira kepakaran komuniti setempat yang mahir menyediakan juadah tradisi ini," katanya.

Menurut Rina, semua bubur yang didatangkan bersama kurma itu diagihkan kepada orang ramai termasuk petugas barisan hadapan di sekitar Kukusan, khususnya kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan sekatan jalan raya (SJR).

"Selain itu, kami turut memilih dua lokasi lain iaitu Jalan Utara dan Jalan Kuhara untuk mengagihkan bubur kepada pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang bekerja.

"Alhamdulillah semua bubur berjaya diagihkan kurang satu jam," katanya.

Rina berharap dengan pemberian bubur berobok berkenaan, ia mampu memberi sedikit keceriaan kepada orang ramai yang sedang berdepan tekanan hidup akibat pandemik COVID-19.

Kakitangan APMM Tawau menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong.
Kakitangan APMM Tawau menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong.

Sementara itu, seramai 20 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Kelab Kebajikan dan Sukan Zon Maritim Tawau bergotong-royong menyediakan bubur lambuk di sini.

Pengerusi kelab, Leftenan Maritim Mohd Sharizul Mahamood berkata, sebanyak 300 bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada orang ramai khususnya masyarakat setempat.

"Persiapan dilakukan sejak minggu lalu, sebelum proses memasak bermula sejak pagi tadi.

"Semua bubur berkenaan akan diagihkan kepada komuniti maritim, pusat pengajian Islam dan madrasah, selain petugas barisan hadapan," katanya.

Tambahnya pemilihan bubur lambuk dilakukan memandangkan sebahagian besar petugas APMM di Zon Maritim Tawau berasal dari Semenanjung, sekali gus mengubati kerinduan masing-masing kepada kampung halaman selepas tidak dapat bercuti akibat tuntutan kerja dan COVID-19. – Getaran, 8 Mei 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia