web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Terlibat Himpunan Solidariti Bersama Palestin Dipanggil Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 7:00PM

Dianggarkan seramai 40 orang berhimpun di hadapan masjid terbabit selepas solat Jumaat untuk menyatakan bantahan serta solidariti mereka terhadap warga Palestin, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa individu termasuk penganjur Himpunan Solidariti Bersama Palestin akan dipanggil untuk membantu siasatan berkaitan perhimpunan di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya tidak menerima sebarang notis pemakluman awal mengenai himpunan terbabit daripada penganjur. 

Menurut beliau, dianggarkan seramai 40 orang berhimpun di hadapan masjid terbabit selepas solat Jumaat untuk menyatakan bantahan serta solidariti mereka terhadap warga Palestin.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ditempatkan di sekitar pekarangan masjid untuk kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Siasatan dimulakan selepas tiada permohonan dibuat dan kita masih siasat secara terperinci dengan memanggil penganjur serta individu berkaitan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Sehubungan itu, Noor Dellhan berkata, siasatan kes tersebut masih dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam himpunan terbabit, sekumpulan Pemuda UMNO dan orang ramai bertindak membakar bendera Israel sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan oleh regim Zionis Israel. 

Pembakaran bendera Israel itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru.

Dr Muhamad Akmal juga memaklumkan himpunan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis serta surat bantahan secara rasmi kepada Kementerian Luar agar dibawa ke peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Katanya, surat bantahan itu akan dihantar ke Kementerian Luar pada Isnin hadapan serta akan melancarkan Himpunan Solidariti Bersama Palestin ini di seluruh negara.

Terdahulu, media melaporkan tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur kelmarin, serbuan pada malam kedua berturut-turut dalam tempoh kurang 24 jam.

Puluhan anggota pasukan keselamatan Israel yang lengkap bersenjata bertindak menyerbu pekarangan masjid itu ketika hampir 20,000 jemaah Palestin sedang mengerjakan solat Tarawih. - Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia