web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Patuh SOP, Kes Baharu Bakal Cecah 5,000 Menjelang Mei

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 6:59PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 bakal mencecah 5,000 menjelang akhir Mei jika prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati virus COVID-19 telah beradaptasi untuk menjangkiti masyarakat menerusi pelbagai varian baharu yang lebih berbahaya.

Katanya, beberapa varian baharu ini dikesan menjadi penyumbang terbesar jangkitan ke atas golongan muda yang semakin meningkat dengan gejala serius.

"Mengikut unjuran nilai Rt semasa iaitu 1.10, dianggarkan kes akan mencapai 5,000 sehari dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.

"Bagaimanapun, jumlah kes harian yang dilaporkan untuk dua hari berturut-turut kini semakin jumlah itu," katanya pada sidang media hari ini.

Antara varian baharu yang dikesan adalah Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom (B.117) dan  varian India (B.1.617).

Menurut Dr Noor Hisham, varian Afrika Selatan yang pada mulanya hanya dikesan di Selangor kini sudah menular di Kelantan selepas dikesan dalam Kluster Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat pada 8 April lalu.

"Setakat ini, varian Afrika Selatan sudah dikesan di Lembah Klang, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

"Jadi kita bimbang sebab varian baharu ini mungkin lebih ganas yang boleh berakhir dengan kematian dan juga kebolehjangkitannya tinggi," katanya.

Justeru, 'panglima perang' sektor kesihatan itu mengingatkan masyarakat supaya mengambil iktibar daripada gelombang baharu yang kini sedang melanda India, untuk dijadikan tauladan bagi mengelakkan ia berlaku di negara ini. - Getaran, 8 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia