web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Kunjungi Premis Tersenarai Dalam HIDE - PBT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 9:00PM

Virus COVID-19 telah beradaptasi untuk menjangkiti masyarakat menerusi pelbagai varian baharu yang lebih berbahaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan supaya tidak mengunjungi premis yang disenaraikan dalam sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Berdasarkan sistem berkenaan, dua lokasi di daerah ini tersenarai sebagai premis ‘panas’ yang dikaitkan dengan penularan wabak COVID-19.

Kedua-dua premis itu disahkan sebagai Pasaraya KB Mall dan Lotus's Kota Bharu.

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Pelaburan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Azman Mohd Daham berkata, peringatan itu diharapkan mampu membantu pihak berkuasa negeri mengelakkan kawasan tersenarai bertukar menjadi kluster dalam penularan wabak COVID-19.

“Kita tidak mahu premis yang disenaraikan ini menjadi kluster baharu kes COVID-19. Oleh itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke lokasi disenaraikan dan mereka yang berisiko pula dinasihatkan terus berada di dalam rumah,” katanya kepada Getaran hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis juga sentiasa membuat rondaan di semua kawasan berisiko.

Katanya, orang ramai perlu memberi kerjasama dengan tidak mengunjungi premis yang berisiko demi keselamatan dan kesihatan masing-masing.

“Kita akan memberi nasihat kepada orang ramai supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya mereka tidak mengikut SOP tindakan tegas termasuk saman akan dikeluarkan.

“Sama-sama kita bertanggungjawab mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, semua premis atau lokasi yang disenaraikan dalam HIDE bukan disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19.

Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, semua premis yang disenaraikan itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awal diambil.

"Premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Premis yang tersenarai dalam HIDE tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa,” katanya. – Getaran, 8 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia