web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekali Lagi Kuantan Beraya Dalam PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2021 11:07PM

Seluruh daerah Kuantan dikenakan PKP mulai 10 Mei hingga 23 Mei ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Bagai mengulangi sambutan Aidilfitri tahun lalu, sekali lagi penduduk bandaraya Kuantan bakal menyambut 1 Syawal dalam kuarantin selepas kerajaan negeri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh daerah ini bermula 10 Mei hingga 23 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan negeri melalui satu kenyataan media di laman sosial Facebook, malam ini. 

Selain pelaksanaan PKP di Kuantan, kerajaan Pahang turut mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di tujuh lokasi di Genting Highlands, antaranya Genting View Resort, Apartmen Meranti, Windmill Condo dan Vista Residence bermula Isnin ini hingga 23 Mei. 

Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, dalam daerah Rompin. 

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kerajaan negeri sedia 'melakukan sesuatu' jika trend peningkatan kes positif COVID-19 di negeri ini berterusan.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memaklumkan bahawa pihaknya mengesan kewujudan kluster baharu iaitu Kluster Rantau Siantan membabitkan daerah ini, Temerloh dan Maran.

"Kes indeks bagi kluster ini adalah kes P5148, seorang warga tempatan yang menetap di Temerloh dan disahkan positif pada 28 April lalu hasil saringan survelans COVID-19 pada 26 April. 
  
"Penularan dipercayai berlaku apabila kes indeks dari Temerloh ini pulang ke rumah keluarganya di Maran dan sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 101 individu disaring dalam kluster ini dan 15 kes dikesan positif COVID-19," kata JKNP.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 99 kes baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari menjadikan keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Pahang kini berjumlah 5,689 kes.

"Sebanyak 32 kes membabitkan Kluster Tanah Putih Baru, Kluster Raub Jaya (tujuh kes), Kluster Rantau Siantan (enam kes), Kluster Indera Mahkota 2 (dua kes) dan Kluster Mutiara Bentong (satu kes).

"Selain itu, sebanyak 30 kes saringan kontak rapat dikesan, saringan bergejala (10 kes), saringan bersasar PKPD (lima kes), saringan pengembara (dua kes), masing-masing satu saringan prapekerjaan dan saringan kendiri. 

"Seramai 98 orang adalah warganegara manakala satu lagi rakyat asing," katanya. - Getaran, 8 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia