web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mantan Pemimpin UMNO Jadi ‘Katak’ Tak Mengejutkan, ‘Itu Cari Makan’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 2:21PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – UMNO tidak terkejut sekiranya terdapat mantan pemimpin daripada parti itu yang dipecat atau digantung, membuat keputusan menyertai pembangkang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, mereka yang keluar atau disingkir daripada parti itu akan mencari peluang di tempat lain, seperti dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan membuat kejutan dengan kemasukan mantan pemimpin UMNO, bukan perkara mengejutkan.

“Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin UMNO akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.

“Isu pemimpin UMNO melompat parti bukan baru. UMNO tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa.

“Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, selepas menyertai pembangkang, mantan pemimpin terbabit berkemungkinan dapat memegang kembali jawatan menteri jika Perikatan Nasional (PN) memerintah. 

“Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN kembali memerintah.

“Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran ‘katak’. Itu kekal selama-lamanya. Jadi katak bukan kejutan,” katanya. 

Semalam Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, beberapa nama besar dan berpengaruh daripada UMNO dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Langkah itu dipercayai sebagai strategi melebarkan penguasaan PN di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Ia juga sebagai tindakan mengekalkan negeri dikuasai PN, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tuan Ibrahim yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada ‘sesuatu berita baik buat PN’.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, beberapa pemimpin kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang dipecat pada Disember lalu antara nama didakwa berminat menyertai PAS. - Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 8 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia