web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Disenarai Dalam HIDE, AEON Melaka Tutup Untuk Proses Sanitasi, Perkemas SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 2:11PM

Pintu masuk ke tempat parkir Aeon Mall Bandaraya Melaka ditutup dan ditampal notis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pasar Raya Aeon Mall Bandaraya Melaka yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko COVID-19 ditutup bermula hari ini.

Tinjauan Getaran kira-kira jam 10.30 pagi mendapati kesemua pintu masuk ke kawasan pusat membeli belah itu ditutup dan ditampal notis penutupan.

Malah, tinjauan yang dilakukan lebih sejam juga mendapati ramai pengunjung yang datang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk membeli belah ekoran penutupan itu.

Notis penutupan turut dimuat naik di laman Facebook Aeon Mall Bandaraya Melaka yang memaklumkan penutupan premis itu selama tiga hari bermula hari ini sehingga 11 Mei 2021 (Selasa).

Menurut notis, ia bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilaksanakan sepenuhnya demi keselamatan semua pihak, termasuk pelanggan dan petugas di premis terbabit.

AEON Mall bagaimanapun tampil menawarkan alternatif lain buat pelanggan iaitu mewujudkan sistem pembelian atas talian menggunakan aplikasi disediakan.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mohd Nasrul Menhat berkata, penutupan itu dibuat bagi membolehkan pihak premis melakukan sanitasi dan memperkemaskan lagi prosedur operasi standard (SOP).

“Pihak pasar raya juga perlu menyemak semula SOP mereka serta jumlah kemasukan pelanggan mengikut kapasiti premis itu.

“Kita percaya premis sudah mematuhi SOP ditetapkan dan mungkin ini (tersenarai dalam HIDE) disebabkan ada di antara pengunjung yang berisiko,” katanya kepada Getaran.

Menurut Mohd Nasrul, ia mencakupi pengunjung di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) atau kontak rapat yang terlepas masuk ke dalam premis tanpa disedari.

Ujar beliau, kawalan ketat dan pemeriksaan imbasan kod MySejahtera perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka yang berisiko terlepas masuk ke premis. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia