web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Digelar ‘Anak Setan’, Zunar Sokong Ain Husniza

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 2:28PM

Zunar memuat naik gambar ini ke akaun Twitternya sebagai sokongan kepada Ain Husniza. - Gambar dari Twitter Zunar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kartunis satira politik, Zunar, tampil bersolidariti bersama Ain Husniza Saiful Nizam, selepas remaja itu digelar “anak setan” kerana membuat pendedahan terhadap gurunya yang membuat jenaka tentang rogol.

Dalam ciapannya di Twitter, Zunar ataupun nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haque memuat naik gambarnya memegang kertas bertulis “I support Ain” berserta hantaran: “Berdiri teguh di belakang Ain. Tiada siapa layak digelar Anak Setan.”

Komen jelik terhadap Ain Husniza itu ditulis pada ruangan komen hantaran Facebook bapanya yang mempromosikan satu program di media sosial berkenaan membabitkan remaja tersebut, khusus untuk bercakap perihal memupuk keberanian dan keyakinan diri.

Ain Husniza menjadi bualan ramai kerana pendedahan berani dan kempen #MakeSchoolASaferPlace  di media sosial, sejak mula berdepan kontroversi jenaka rogol oleh guru sekolahnya sendiri.

Sementara itu, komen dalam bahasa kesat di ruangan komen berkenaan didakwa datang daripada pengetua sekolahnya sendiri, Sarimah Mohammed Nor, melalui akaun Facebook Aimanaizad Sarimahmohammednor.

Namun, kedua-dua komen tersebut telah dipadamkan tidak lama selepas itu, malah akaun Facebook terbabit turut dipadamkan selepas dikecam ramai.

Meskipun begitu, seorang pengguna Facebook, Farah Wahidah, berkata, kata-kata jelik yang ditujukan kepada Ain Husniza dan ibu bapanya itu sebenarnya ditulis anak lelaki Sarimah yang autistik, dikenali sebagai Aiman, tanpa pengetahuan ibunya.

Seorang lagi pengguna menggunakan nama Chyinta Arissa Adrina berkata, adalah mustahil komen seumpama itu ditulis oleh Sarimah kerana beliau sebelumnya telah memanggil semua guru di sekolah berkenaan, dan mengarahkan mereka untuk menjaga perilaku susulan pendedahan dibuat Ain Husniza. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hentikan Gejala Buli Mental, NGO Sokong Ain Husniza

2

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 14

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dipanggil ‘Anak Setan’, Ain Husniza Mungkin Dibuang Sekolah

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 13

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia