web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Solidariti Untuk Palestin, Keganasan Israel Perlu Dihentikan Segera - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2021 8:05PM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini diseru untuk berdoa dan bersolidariti bersama penduduk Palestin, yang ketika ini berdepan serangan tentera Zionis di Masjid Al Aqsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, semua organisasi yang memperjuangkan hak asasi manusia perlu bertindak segera dalam menghentikan keganasan Israel.

“Ini termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Negara-Negara Arab. Serangan tersebut menyasarkan rakyat Palestin yang tidak bersenjata.

“Mereka dibedil bom, gas letupan serta peluru getah. Ini merupakan perbuatan gasar regim Zionis yang terang-terang mencabuli hak-hak keagamaan.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan mereka yang menyerbu ruang Masjid Al-Aqsa dan menyerang rakyat Palestin yang sedang beribadah di situ dan juga serangan ganas terhadap penduduk di kawasan Syeikh Jarrah di Baitulmaqdis di bulan Ramadan ini,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli berkata, pemindahan secara paksaan yang dikenakan kepada penduduk Palestin di Syeikh Jarrah jelas mencabuli undang-undang kemanusiaan dan merupakan sebahagian daripada polisi pemindahan paksaan Israel.

Beliau juga menzahirkan rasa keyakinan bahawa Palestin akan sentiasa kekal sebuah negara Arab yang mana Baitulmaqdis akan turut kekal sebagai ibu negerinya.

“Perjuangan penduduk Palestin adalah perjuangan seluruh umat Islam yang akan diperjuangkan sehingga kemenangan dan kebebasan dikecapi,” katanya. - Getaran, 9 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia