web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlu Wajibkan Wakil Rakyat Isytihar Harta, Jangan Takut Jika Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:57PM

Muhammad Mohan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menggubal Akta Pengisytiharan Aset demi mewajibkan semua pemimpin yang memegang kuasa, mengisytiharkan aset kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, penggubalan itu dilihat akan membolehkan Ahli Parlimen, Senator serta pemimpin berjawatan untuk mengisytiharkan dan mengemas kini kekayaan secara berkala.  

Menurutnya, wakil rakyat yang asetnya didapati meningkat secara signifikan dalam tempoh singkat juga, mesti diwajibkan memberi penjelasan dengan bukti dokumen sokongan diperlukan.

“Sesetengah ahli politik ada mengatakan bahawa mereka enggan serta tidak mahu mengisytiharkan aset dan pendapatan atas alasan ianya sulit serta bimbang keselamatan diri.

“TI-M mengingatkan bahawa mereka dipilih oleh rakyat. Oleh itu, mereka perlu ingat sebagai wakil rakyat, sewajarnya sentiasa telus dalam tindakan mereka dengan mengamalkan integriti pada setiap masa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.  

Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, beliau sedang berbincang dengan pelbagai agensi, termasuk SPRM bagi menetapkan parameter jelas berhubung aspek pengisytiharan harta supaya lebih telus.

Anwar menyifatkan, pengisytiharan harta oleh segelintir pemimpin politik, termasuk yang kini menjadi menteri sebagai satu sandiwara kerana tidak mencerminkan jumlah sebenar kekayaan mereka.

Sehubungan itu, Presiden PKR berkenaan mengajak semua pihak kembali kepada proses sebenar supaya apa sahaja dilakukan adalah telus dan bukan sekadar gimik politik.

Mengulas lanjut, apabila membuat penyataan terbabit, Muhammad berkata, maklumat berkaitan dengan Pemilikan Benefisial adalah penting supaya individu yang berkaitan, tidak lagi boleh mengelak untuk mengisytiharkan harta.  

Dalam pada itu, Muhammad berkata, Perdana Menteri perlu menjadikan undang-undang pengisytiharan aset terbabit, sebagai sebahagian agenda reformasi Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan pentadbiran Perdana Menteri mengamalkan pengurusan baik dan menghapuskan segala bentuk rasuah dalam kalangan wakil rakyat serta Senator.

“Satu daripada amalan ini adalah dengan membuat pendedahan penuh dan benar mengenai aset serta pendapatan mereka apabila diperlukan.

“Kekayaan diperoleh daripada kehidupan jujur harus menjadi sumber kebanggaan, bukan kebimbangan,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

2

Semasa 2 hari yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375