web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Kanser ‘Hilang MyKad’ Akibat Dirampas Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 11:43AM

Lina Samuel - Gambar ihsan Borneo Post

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang pesakit kanser, Lina Samuel yang meraih perhatian ramai selepas MyKad miliknya dirampas menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Mendiang berusia 65 tahun.

Aktivis Agnes Padan ketika dihubungi The Borneo Post mengesahkan berita sedih itu.

Menurut beliau, mendiang meninggal dunia di Hospital Lawas sekitar jam 7 pagi tadi.

“Ya, betul. Lina Samuel meninggal dunia pagi tadi. Dia dimasukkan ke Hospital Lawas sekitar jam 10 malam tadi,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Agnes memberitahu, beliau telah menghubungi Pengarah Hospital Lawas, Dr Ahmad Helmi Hamdan dua minggu lalu, dan dimaklumkan wanita terbabit menghidap kanser usus di Tahap Empat.

Tambah Agnes, keluarga Lina sedang melakukan persiapan untuk membawa pulang mayat mendiang ke kediaman mereka di Long Sebangang, Lawas.

Mendiang meninggalkan dua anak lelaki dan dua anak perempuan yang kesemuanya tidak memiliki status kerakyatan.

Awal bulan ini, kisah Lina tular dia media sosial apabila MyKadnya dirampas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Lawas, November tahun lalu sedangkan dia perlu membuat rawatan susulan di Miri akibat kanser.

Insiden itu berlaku sewaktu mendiang sedang membuat penukaran alamat di JPN Lawas bagi membolehkan dia mengundi ketika pilihan raya.

Susulan kejadian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, MyKad Lina dirampas kerana JPN Lawas mendapati dia adalah warganegara Indonesia. 

Kisah Lina meraih perhatian ramai, termasuk Lawyers for Liberty yang mendesak kerajaan memulangkan semula MyKad milik mendiang, kerana rampasan tersebut menyalahi undang-undang dan tidak berpelembagaan.

Pada 13 April lalu, JPN Kuching menghantar pegawainya untuk bertemu Lina di Lawas.

Selepas pertemuan, Lina diberikan dokumen sementara bagi memudahkan urusannya menjalani rawatan kanser di Miri. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia