web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Kes Positif Di Besut Meningkat Mendadak 835 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 7:40AM

Individu yang mempunyai gejala seperti batuk, selsema, sakit tekak serta hilang deria bau perlu membuat pemeriksaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Situasi COVID-19 di daerah Besut semakin membimbangkan, dengan peningkatan 835 peratus kes positif direkodkan dalam tempoh kurang dua bulan sejak April lepas.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata pada Mac, hanya 60 kes positif COVID-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei.

“Dalam tempoh bermula 1 April hingga 8 Mei, kita telah melakukan sebanyak 9,936 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 662 kes positif telah dikesan. Situasi COVID-19 di Besut sangat merisaukan kita dengan puluhan kes positif dilaporkan setiap hari.

“Data ini jelas menunjukkan penularan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi, dan kita risau apabila sudah menular jauh, maka sukar untuk kita hambat virus COVID-19," katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya. 

Pada Isnin, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 166 kes discaj dan 93 kes baharu COVID-19 menjadikan 579 kes COVID-19 aktif di  Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,941 kes.

Daripada 93 kes baharu itu, 43 kes dilaporkan berlaku di daerah Besut. 

Ketika ini, 570 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala sembilan kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Dr Nor Azimi berkata petugas kesihatan sangat serius dan komited membuat pengesanan kontak, saringan, pengasingan serta memberi rawatan dan pihaknya berharap agar penduduk Besut juga memberi kerjasama dengan membuat kawalan kendiri.

"Hadkan pergerakan, elak berkumpul beramai-ramai, patuh prosedur operasi standard (SOP), duduk rumah di samping menjaga diri dan orang lain, jika semua perkara ini diberi perhatian maka segala usaha dalam memutuskan rantaian wabak di Besut akan berjaya.

"Selain itu, individu yang  mempunyai gejala demam, batuk, selsema, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa perlu segera membuat pemeriksaan kerana langkah ini sangat membantu mengawal penularan yang lebih besar," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia