web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Pelajar Maut Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 7:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Kampung Kuala Samak dekat Baling, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian pada 3.28 petang itu, pelajar berusia 16 tahun dan seorang lagi berumur 15 tahun merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, maut di tempat kejadian.

“Sebelum kejadian, sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita berumur 44 tahun sedang dalam pejalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Ceruk Beras bersama suami dan dua anak lelakinya yang berumur 15 dan 10 tahun.

“Sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang pelajar berumur 16 tahun itu yang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan. Wanita yang memandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak dan terlanggar kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan jenazah telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan sementara kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia