web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0, Duka Di Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 2:53PM

Perlanggaran SOP dapat dilihat berlaku dengan berleluasa ketika operasi bazar Ramadan dibenarkan. Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di kala hari raya Aidilfitri bakal menjelma kurang daripada 48 jam, rakyat sudah mula membuat pelbagai persiapan dengan harapan ia dapat disambut meriah kala ini, selepas segalanya berkubur angkara COVID-19.

Impian itu bagaimanapun nampaknya kekal sekadar angan-angan apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di seluruh negara, berkuat kuasa semalam.

PKP 3.0 sebelum itu terlebih dahulu diumumkan ke atas dua negeri, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing pada 6 dan 7 April lalu.

Wahidah Salman, 33 berkata, harapannya untuk menyambut Aidilfitri tahun ini musnah walaupun segala persiapan sudah disediakan.

“Apabila kerajaan umumkan PKP 3.0 sehari sebelum raya, saya rasa agak terkilan dan sedikit marah, bukan disebabkan saya pentingkan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya berilah kami kesempatan untuk beraya dalam tempoh sehari dua terlebih dahulu.

“Ini kerana segala tempahan sudah dibuat seperti ketupat, kuih raya dan barangan basah. Bila sudah tidak dibenarkan raya, siapa mahu habiskan semua jenis makanan yang sudah saya tempah? Kalau betul nak laksanakan PKP, buat lah daripada awal, agar kami sudah mempersiapkan diri menerima kenyataan,” katanya kepada Getaran.

Seorang pensyarah, Farel Ahmad, 37, berkata, pelaksanaan PKP 3.0 mencetuskan kegusaran, khususnya apabila umat Islam sudah bersedia menanti kehadiran Hari Lebaran.

“Sebelum kerajaan umum PKP, kami sudah mula berdebar menunggu keputusan kerajaan kerana ramai yang risau tidak boleh pulang ke kampung.

“Sekarang, bukan sahaja tidak boleh balik (kampung), sambutan raya juga tidak dibenarkan kerana larangan untuk aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya.

Menurut Farel, kerajaan sewajarnya memiliki perancangan jelas dan rapi sebelum menghasilkan sebarang keputusan agar ia tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan kepada rakyat.

“Saya yakin, ramai yang marah dengan kerajaan kerana membuat keputusan terburu-buru.

“Mereka seolah tidak memikirkan perasaan rakyat marhaen yang mengharapkan Aidilfitri untuk menyuntik sedikit kegembiraan,” katanya.

Sementara itu, seorang guru, Norly Abdullah, 40 pula menyifatkan, larangan untuk pergerakan merentas daerah dan negeri wajar dipandang dari sudut positif.

“Pada saya, keputusan kerajaan itu sangat wajar. Jangan dek ghairahnya kita nak balik kampung dan ziarah ke sana-sini, akhirnya menimbulkan kekesalan apabila orang tua masing-masing dijangkiti COVID-19.

“Kalau boleh sembuh tak mengapalah juga tapi kalau tak boleh sembuh hingga membawa maut? Kita kena sedar, jika meninggal dunia kerana COVID-19, semua ahli keluarga tidak dibenarkan menguruskan atau melihat jenazah buat kali terakhir,” katanya.

Jelas beliau, perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dapat dilihat berlaku dengan berleluasa ketika operasi bazar Ramadan dibenarkan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes.

“Saya akui takut melihat orang ramai bersesak-sesak di semua tempat, seolah-olah kita sudah menang melawan COVID-19,” katanya.

Semalam, kerajaan  mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 mulai 12 Mei hingga 7 Jun bagi memastikan Malaysia tidak terjerumus ke dalam malapetaka lebih besar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan PKP 3.0 berkenaan dibuat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan mendadak kes.

Benar, pelaksanaan PKP 3.0 menerima bangkangan ramai namun tindakan tegas perlu dilakukan demi mengelakkan negara menerima nasib yang sama seperti Brazil atau India.

Sedarlah, Malaysia boleh dilanda musibah sama jika SOP terus diabaikan dan sekiranya perkara itu sampai terjadi, jentera perubatan akan mengalami kemusnahan total, sekali gus melumpuhkan barisan pertahanan negara.

Sediakah kita menerima akibat itu? Jika tidak, akurlah pada perintah pihak berkuasa, duduk di rumah dan raikan Aidilfitri sekadar ada. - Getaran, 11 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia