web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trend ‘Teman Beraya’ Membimbangkan, Semakin Ramai Anak Muda Gadai Aturan Akhlak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 7:00AM

Terdahulu, tular di Twitter trend penawaran servis ‘teman beraya’ atau berpura-pura menjadi kekasih pada harga hanya serendah RM100 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ yang tular di media sosial membuktikan semakin ramai anak muda menggadai aturan akhlak atau tingkah laku yang ditetapkan dalam Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya itu amat membimbangkan, malah haram hukumnya jika wanita bersentuhan dengan lelaki bukan mahram.

“Setiap umat Islam seharusnya memahami bahawa elemen akhlak tidak sesekali boleh dipisahkan bersama pengisian akidah, tauhid dan ibadah. Ia sentiasa memiliki keyakinan teguh terhadap kebenaran agama Islam berpaksikan tiga perkara itu.

“Sehubungan itu, apabila kita lihat ada umat Islam sendiri, khususnya wanita sudah mengalami kemerosotan akhlak, maka, ia satu perbuatan yang amat mendukacitakan. 

“Mereka tidak sepatutnya membenarkan diri atau tubuh disentuh oleh lelaki ajnabi, iaitu kaum Adam yang boleh mereka kahwini,” katanya kepada Getaran.

Pada masa sama, Wan Salim berkata, setiap wanita perlu memelihara sifat malu kerana ia akan mengukuhkan lagi pegangan akidah dan ‘memandu’ pelaksanaan ibadah seorang Muslim.

Menurutnya, sesuatu kemungkaran yang berlaku sebenarnya berpunca daripada ketiadaan sifat malu dalam diri manusia sehingga menyebabkan mereka berani melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak ramai.

“Umat Islam, khususnya wanita perlu memelihara maruah diri kerana jika tidak, akan timbullah sifat tiada malu sehingga tergamak melakukan apa sahaja yang melanggar perintah Allah.

“Sifat malu amat penting dalam menangkis pengaruh kemodenan seperti yang ditonjolkan menerusi media sosial ketika ini. Ia akan mengelakkan kita daripada terikut perbuatan negatif serta tidak elok yang menjadi budaya barat,” katanya.

Terdahulu, tular di Twitter trend penawaran servis ‘teman beraya’ atau berpura-pura menjadi kekasih pada harga hanya serendah RM100.

Trend tersebut secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menyamakan perkhidmatan itu ibarat menjual maruah diri demi mendapatkan keuntungan.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, Amirul Ruslam, trend yang semakin menjadi ikutan itu mencemarkan maruah dan menghilangkan sifat malu sebagai seorang wanita Islam.

Lebih mengejutkan, terdapat gadis yang menawarkan servis memegang tangan dengan caj tambahan bermula RM10 sehingga RM 80.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, umat Islam tidak seharusnya malu disebabkan kekurangan atau kelemahan diri di mata manusia semata-mata.

Namun katanya, kekurangan tersebut seharusnya menjadikan mereka lebih beriman kepada Allah dan sentiasa ingin melakukan amalan yang diredhaiNya.

“Umat Islam dikehendaki berpegang kepada tiga elemen iaitu akidah yang mantap, ibadat yang turut disempurnakan dengan perbuatan sunat serta menjaga akhlak.

“Tiga perkara itu tidak boleh dipisahkan. Ini bermakna jika seorang Muslim mengaku bahawa dia beriman, dia mesti mempamerkan akhlak yang baik dan ibadah sempurna,” katanya.

Susulan itu, berdasarkan perkembangan masyarakat ketika ini, Wan Salim berkata, sifat malu wajar dipraktikkan dengan sebaiknya berikutan sudah banyak perkara menyalahi syariat dilakukan.

“Pokok pangkalnya, masalah perlakuan sama ada baik atau sebaliknya adalah masalah peribadi walaupun pelbagai kaedah bagi seorang Muslim dapat menghayati nilai baik.

“Ketika ini pun kita boleh melihat umat Islam lebih gemar menonton drama atau filem berbanding mendengar ceramah dan program agama di masjid mahupun media massa.

“Semuanya terpulang kepada seseorang individu itu mempunyai keazaman untuk berubah ke arah lebih baik dengan mengamalkan sikap mahmudah,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Refleksi 8 bulan yang lalu

Akhlak Rasulullah Jadi Panduan Umat Islam

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Eksport, Import Perkhidmatan Catat Peningkatan - SITS 2022

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaga Adab, Akhlak Ketika Di Jalan Raya - Mohd Na’im

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 17 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 5 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu

Semasa 16 jam yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar