web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Serangan Tentera Israel Ke Atas Rakyat Palestin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 8:11PM

Tan Sri Muhyiddin berkata serangan pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan itu disifatkan sebagai biadab. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata serangan pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan itu disifatkan biadab dan tidak menghormati bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia, tetapi umat manusia secara keseluruhan.

“Serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh Israel ini secara keseluruhan dan terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

“Malaysia menuntut Israel untuk segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza.

‘Kekerasan secara berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya pada bulan suci Ramadan, tidak boleh diterima sama sekali dan rejim itu wajib dipertanggungjawabkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu, serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru masyarakat antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya bertindak tegas dan mendesak Israel menghentikan segera kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Katanya masyarakat antarabangsa tidak boleh menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh rejim itu, sebaliknya perlu bersama-sama menggembleng usaha bagi melindungi rakyat Palestin daripada tindakan ganas Israel.

Menurutnya dalam waktu-waktu sukar ini, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

“Malaysia juga turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1997 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia