web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Patuhi SOP, Varian Baharu COVID-19 Telah Menular

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 8:43PM

Masyarakat perlu terus mematuhi SOP memandangkan muncul varian baharu COVID-19 yang telah menular di negara ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masyarakat dinasihat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan, memandangkan varian baharu COVID-19 telah menular ke beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat ini, terdapat tiga varian yang membimbangkan (VOC) di negara ini iaitu 62 kes varian Afrika Selatan (B.1.351), lapan kes bagi varian United Kingdom (B.117), dan dua kes varian India (B.1.617.1).

Daripada jumlah kes keseluruhan varian Afrika Selatan itu, 14 kes dikesan hari ini iaitu tujuh kes adalah di Kluster Kampung Domis di Kelantan; tiga kes kontak rapat kepada kes aktif di Selangor; satu kes menjangkiti petugas kesihatan di Kelantan; dua kes di Kedah dan satu kes dikesan di Negeri Sembilan iaitu kluster Pengkalan Hulu.

“Kebimbangan kita adalah varian ini telah merebak dan menular dengan cepat, di mana ia akan berakhir dengan kematian, kita juga dapati ia jangkiti golongan muda dengan gejala yang teruk.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan buat ujian rawak untuk kenal pasti varian ini telah merebak ke negeri mana lagi,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.

Mengenai varian India yang dikategori sebagai VOC oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Noor Hisham berkata, seorang lelaki warganegara India meninggal dunia pada 21 April lepas, kerana dijangkiti COVID-19 daripada varian itu.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dikesan positif COVID-19 dengan varian itu pada 7 April dan dikuarantin oleh KKM.

“Beliau bergejala dan dua kali swab dilakukan dan hasilnya negatif, ini menunjukkan varian ini sangat merbahaya,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan yang 80 peratus daripada jangkitan COVID-19, bukannya daripada kluster tetapi adalah kes sporadik.

“Ini menunjukkan yang virus telah ada dalam komuniti, kita jangka kes akan meningkat,” katanya sambil menambah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dapat mengekang penularan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia