web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Krisis Palestin-Israel, PBB Perlu Hantar Pasukan Penjaga Ambil Alih Wilayah 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 9:14PM

Zionis berlaku kasar terhadap seorang penduduk Palestin di kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa. - Gambar dari middleeasteye.net

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didesak menghantar Pasukan Penjaga Pendamai dari negara berkecuali untuk mengambil alih semua wilayah Palestin yang diduduki secara haram oleh Israel.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berkata, PBB perlu bertindak segera susulan kemaraan terbaru tentera Zionis yang membantai rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Katanya, rakyat Palestin sudah lama menderita malah setiap tahun dunia disajikan dengan kisah serangan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Baitulmuqaddis Timur terletaknya Masjid Al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci bagi umat Islam dan ia diduduki secara haram oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

“Masyarakat antarabangsa menerima bahawa Baitulmaqdis Timur, yang merupakan sebahagian dari Wilayah Palestin dijajahi secara haram sedangkan ia adalah milik rakyat Palestin," kata persatuan itu.

Rejim Zionis jelas PPIM, tidak mempunyai hak untuk merampas tanah milik Palestin yang sedia ditindas.

"Ini adalah pencerobohan paling ketara terhadap rakyat Palestin. Ia mesti dihentikan,” kata PPIM lagi.

PPIM berkata, Pemerhati Hak Asasi Manusia pada April lalu menerbitkan laporan terperinci yang menuduh Israel melaksanakan pembasmian kaum.

“Serangan terbaru terhadap penduduk Palestin yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa dipacu oleh peneroka Zionis berhampiran masjid ini.

“Warga Palestin di kawasan kejiranan berhak memberontak terhadap rampasan tanah haram atau rompakan siang hari ini dan mereka wajar untuk melawan penindasan serta pencerobohan ini sebagai pertahanan diri terhadap perampas tanah Zionis yang disokong oleh tentera Israel,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia