web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India Selamat Tiba Di KLIA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2021 10:51AM

Jumlah pesakit COVID-19 di India semakin meningkat menyebabkan kerajaan terpaksa membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.00 pagi Rabu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, misi itu yang menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air membawa pulang sejumlah 132 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 117 orang adalah rakyat Malaysia dan enam (6) orang tanggungan serta seorang (1) pemegang status penduduk tetap Malaysia serta lapan warga Brunei. 

Mengambil kira hubungan erat dan istimewa yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Brunei, kerajaan Malaysia turut membantu bawa pulang warga Brunei dalam misi itu, kata kenyataan itu.

Kesemua penumpang, kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terlibat dalam menjayakan misi itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama erat melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), KKM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai serta agensi-agensi lain yang berkaitan, menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian Luar Negeri merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini dan kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia