web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Negeri Pertama Laksana Penggiliran Waktu Solat Sunat Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 3:11PM

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan dalam tiga sesi di Pulang Pinang esok. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang membenarkan sesi solat sunat Hari Raya secara penggiliran, esok.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Zakiyuddin Abd Rahman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut kenyataan itu, solat sunat Aidilfitri secara penggiliran itu akan diadakan selama tiga sesi bermula pada jam 8.30 pagi, dan tertakluk kepada beberapa syarat.

“Kehadiran adalah mengikut sesi yang ditetapkan iaitu 8.30-9.15, 9.45-10.30, dan 11-11.45 pagi.

“Imam yang ditentukan oleh pihak masjid atau surau juga hendaklah imam yang berlainan dalam setiap sesi solat,” katanya.

JHEAIPP turut memaklumkan selang waktu 30 minit sebelum bermulanya sesi solat adalah bertujuan bagi proses sanistasi ruang masjid untuk persediaan jemaah seterusnya.

Katanya, tempoh masa solat untuk setiap sesi adalah ditetapkan selama 45 minit dan semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setelah selesai sesi solat, jemaah hendaklah segera pulang tanpa ada perhimpunan di dalam atau di luar masjid,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial jadual penggiliran solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya yang dikuatkuasakan di beberapa negara luar seperti Singapura dan United Kingdom (UK).

Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak yang mahu perkara sama turut dilaksanakan di negara ini.

Semalam, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan hanya 50 jemaah dibenarkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid, manakala 20 jemaah di surau susulan PKP 3.0 yang bermula hari ini sehingga 6 Jun. - Getaran, 12 Mei 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan

Politik 21 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes