web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh, Liwat Bayi 9 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2021 3:43PM

Mohamed Badruldin Mohamed didakwa membunuh dan meliwat anak asuhan isterinya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya di sebuah pangsapuri di sini, tiga minggu lepas.

Mohamed Badruldin Mohamed, 36, mengangguk faham bagi pertuduhan membunuh manakala bagi pertuduhan meliwat, lelaki itu mengaku tidak bersalah.

Kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, di sini, antara 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh bagi pertuduhan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan kedua pula, dia dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas bayi itu di tempat, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkannya diikat jamin kerana kesalahan bunuh adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin dan menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes itu menjadi perhatian ramai selepas pihak polis pada sidang akhbar semalam antaranya berkata bayi berkenaan dipercayai dibunuh dan diliwat suami kepada pengasuh bayi itu di sebuah rumah di sini semasa  mangsa dikatakan berada di dalam bilik tidur bersama lelaki berkenaan manakala isterinya (pengasuh) sedang menyapu di luar kediaman mereka. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia